Perlindungan sosial
Mewujudkan sebuah sistem perlindungan sosial nasional yang komprehensif untuk menjaga kebajikan rakyat.
HALA TUJU PARTI
12 Agenda BERSAMA membawa cadangan pembaharuan dalam perlindungan sosial, pekerjaan, pendidikan, ekonomi, kesihatan, institusi, tenaga, agromakanan dan perumahan.
Mewujudkan sebuah sistem perlindungan sosial nasional yang komprehensif untuk menjaga kebajikan rakyat.
Menetapkan had pekerja asing kepada 5% daripada jumlah tenaga kerja bagi mengutamakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Memastikan akses kepada pendidikan awal yang universal untuk semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang.
Berusaha untuk menghapuskan amalan pencarian rentawan (rent-seeking) dan seterusnya mengangkat kedudukan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Memperkenalkan sistem pendidikan tinggi dwi-aliran bagi memperluaskan laluan kemahiran dan akademik pelajar.
Menyasarkan nisbah kesihatan awam yang lebih baik iaitu 1 doktor bagi setiap 300 penduduk menjelang tahun 2030.
Beriltizam untuk meletakkan kualiti pendidikan negara berada di kedudukan kuartil teratas dalam pentaksiran PISA.
Menjamin dan mempertahankan kebebasan institusi utama negara demi tadbir urus yang telus dan adil.
Menyasarkan pertumbuhan ekonomi yang mapan melepasi kadar 5%.
Membangunkan potensi Malaysia sebagai “bateri” Asia Tenggara dalam sektor sumber tenaga.
Memajukan sektor agromakanan melalui pertanian moden yang berasaskan perkilangan.
Membina perumahan generasi baharu yang lebih kondusif dan mampu milik untuk rakyat.